Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menembak mati atau menangkap buaya yang berada dalam radius perkampungan penduduk.<br /><br />Tindakan itu hanya dilakukan sekiranya reptilia tersebut berada dalam lingkungan satu kilometer dari sungai yang menempatkan aktiviti harian penduduk.<br /><br />Namun tegas pengarahnya, Augustine Tuuga, pihaknya tidak akan bertindak menembak atau menangkap jika haiwan itu berada jauh dari perkampungan.